Selasa, 27 Disember 2011

Anasir-anasir yang merosakkan aqidah umat Islam kini

            

Umat Islam dinegara ini tidak putus-putus dihimpit dengan pelbagai anasir yang boleh menggugat keyakinan dan keimanan mereka. Jika tidak suburkan dengan iman dan taqwa, mereka akan hanyut dibuai arus kemodenan hidup yang semakin mencengkam.

Belum lagi selesai masalah sosial yang begitu kronik yang boleh merosakkan akidah umat Islam kini seperti pergaulan bebas, sumbang mahram, perzinaan, ragut, bunuh, dera, rasuah, hiburan, fesyen dan pelbagai lagi masalah lain yang menyesakkan nafas, kita dihimpit pula dengan masalah lain iaitu semakin bercambah dan berkembang biaknya ajaran sesat di negara ini.

Menurut perangkaan JAKIM, sehingga kini lebih 55 kumpulan ajaran sesat telah difatwa dan diwartakan. Kumpulan tersebut seperti ajaran Ayah Pin, Hassan anak Rimau, Syiah, Golongan Anti-Hadis dan Ajaran Kahar. Menurut kajian yang dilakukan oleh JAKIM, faktor utama penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat adalah disebabkan oleh kefahaman terhadap tasauf Teosofi atau tasauf falsafah, taasub digabungkan dengan amalan-amalan khurafat dan penggunaan akal tanpa batas.

Ketidakseimbangan antara dunia dan akhirat, menjadikan masyarakat hari ini menyeleweng dan sesat. Kunci untuk menangkis segala penyelewengan dan kesesatan tidak lain dan tidak bukan hanya dengan mendalami dan menghayati ajaran agama yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Berguru dengan guru-guru yang tinggi lautan ilmu mereka dan menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan. 

selain itu, apakah bentuk-bentuk anasir yang disebarkan untuk merosakkan akidah umat Islam kini?

Share this topic on Facebook                                         

MasyaALlah. Berhatilah-hatilah dengan orang kafir, terutama yang cuba mendekati kita dan bertanyakan pelbagai masalah kita. Mereka sedang cuba untuk berbuat baik dengan kita, kemudian mudah untuk mereka menarik kita ke arah kemurtadan. Nauzubillah..

Semoga kita semua terselamat. Penuhkan ilmu agama di dada, agar kita dapat menangkis cubaan anasir-anasir jahat yang cuba merosakkan akidah kita semua
..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan