Isnin, 26 Disember 2011

Yakuza Kumpulan Gangster Jepun


As-Salam.        Ahli Yakuza Wajib Ada Tatoo di Badan
Yakuza (ヤクザ or やくざ ?), juga dikenali sebagai gokudō (極道?), merupakan kumpulan gangster dan melakukan jenayah terancang hampir di seluruh dunia. Dianggarkan terdapat lebih dari 80,900 ahli di seluruh dunia.

Pada awal ianya dikenali, kumpulan ini lebih bersifat seperti Robin Hood Jepun kerana banyak membantu mereka yang lemah, dengan melakukan pengadilan sendiri terhadap golongan bangsawan yang menindas.


Menurut beberapa pendapat, asal usul Yakuza dikatakan berasal dari cebisan atau pengaruh kabuki-mono (si gila) pada kurun ke 17. Kabuki-mono merupakan golongan samurai yang dipinggirkan, dengan bercirikan pakaian yang berbeza dari samurai biasa, sambil menggunakan slanga bahasa yang berlainan. Mereka juga membawa pedang panjang samurai mereka dengan cara meletakkannya di pinggang. Kabuki-mono juga dikenali sebagai hatamoto-yakko (pengikut shogun).

Terdapat beberapa kategori Yakuza yang diasaskan di Jepun, iaitu tekiya (yang merayau di jalanan), bakuto (kaki judi), dan gurentai (yang bersembunyi).


Saya nak kongsikan satu photojurnal oleh Anton Kusters, mengenai kehidupan Yakuza di Jepun. Yakuza 893 merupakan projek inisiatif pengkarya dari Belgium, menyelami kehidupan penuh hitam gangster Yakuza Jepun. Beliau menghabiskan masa selama 2 tahun untuk mendokumentasikan segala penemuannya menerusi lensa kamera.

Antara ciri utama seorang ahli gangster Yakuza ialah mempunyai tatoo hampir keseluruhan badan, ini tidak terkecuali buat wanita seandainya mahu menjadi sebahagian dari ahli Yakuza yang disegani.

 
 

1 ulasan:

  1. What is the Difference Between Gold Dust & Silver Plate?
    What is the หาเงินออนไลน์ Difference Between titanium guitar chords Gold Dust & Silver Plate? titanium price per ounce The first thing you need micro hair trimmer to know about the difference between a silver plate and a platinum plate. titanium white rocket league The

    BalasPadam